Opera Menguji Fungsi Perkongsian Bookmark Pada Pelayar Web Desktop Versi Pembangunan

Opera sedia menyertakan fungsi Bookmark Manager pada Opera 25 Beta, dan kini melalui versi pembangunan untuk Opera 26, mereka turut sama menguji sebuah lagi fungsi baru – iaitu kebolehan berkongsi Bookmark bersama-sama rakan anda yang lain.

Opera 25 Beta

Melalui fungsi ini, ia akan memaparkan sebuah butang “Share” pada bahagian folder, dimana pengguna boleh klik padanya dan berkongsi kandungan Bookmark bersama-sama rakan yang lain. Sebaik sahaja klik padanya, ia akan membuat sebuah pautan baru yang akan berfungsi selama 14 hari – dan pengguna boleh menyalin URL berkenaan dan berkongsi dengan rakan-rakan lain di Facebook, Twitter atau melalui emel.

Perkara ini sekaligus akan memudahkan perkongsian kandungan atau kajian berkaitan sesuatu perkara dengan lebih mudah berbanding sebelumnya.

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri fungsi ini, anda boleh memuat-turun Opera 26 Dev hari ini untuk Windows, Linux dan Mac OS X.

Muat-Turun Opera 26 Dev untuk desktop[/info]

Nota: