Opera 22 Diperkenalkan Untuk Windows Dan Mac OS X – Membawakan Sokongan Kemaskini Automatik

Opera Software, pembangun disebalik pelayar web Opera hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk pelayar web desktop mereka, membawakan Opera 22 untuk para pengguna sistem operasi Windows dan juga Mac OS X.

Opera 22

Melaluinya beberapa kemaskini baru disertakan, dan salah satunya adalah sokongan tema baru. Kini pengguna boleh menyesuaikan pelayar web Opera mengikut tema mereka dengan mudah. Untuk membuat perubahan, di Windows anda hanya perlu ke bahagian Menu > Themes, ataupun di Mac pada View > Show Themes.

Disamping itu, pihak Opera turut memperkenalkan sokongan kemaskini automatik untuk pengguna Windows, dimana kini pengguna akan dibawakan dengan kemaskini terkini pelayar web dari semasa ke semasa tanpa perlu pengguna melakukannya sendiri seperti sebelum ini.

Bagi para pengguna pelayar web Opera, anda boleh menyemak kemaskini pelayar web anda hari ini, atuapun memuat-turunnya secara percuma dari laman rasmi Opera dan mula menggunakannya untuk pelayaran web anda.

Nota: