OpenAI – Kecerdasan Buatan Yang Berjaya Mengalahkan SumaiL Dan Arteezy Di Dalam Dota 2

Kecerdasan buatan akan mengambil alih tugas manusia dalam melakukan perkara remeh dan kompleks. Ia telahpun menyebabkan pekerja firma insurans di Jepun dibuang kerja secara pukal. Seterusnya ia mungkin akan menyebabkan atlet e-sukan bersara lebih awal. OpenAI ialah kecerdasan buatan terkini yang berjaya menumpaskan manusia di dalam permainan video.

Di acara The International yang sedang berlangsung, OpenAI telah berjaya mengalahkan SumaiL, Arteezy dan Dendi, tiga pemain Dota 2 terkemuka di dalam perlawanan 1V1. Kecerdasan buatan ini dengan pantas mempelajari taktik lawan dan mencari kelemahan mereka. “Bot pintar” ini memberikan saingan kepada pemain manusia sehingga atlet e-sukan berminat untuk menggunakannya di dalam latihan harian.

Selain OpenAI, kecerdasan buatan lain seperti AlphaGo telah mengalahkan pemain terbaik Go pada bulan Mei yang lalu. Kerana itulah tokoh besar teknologi seperti Stephen Hawking dan Elon Musk memberikan amaran kecerdasan buatan boleh mendatangkan bahaya kepada manusia seperti Skynet.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: