OnePlus Melancarkan OxygenOS

Tahun lepas OnePlus melancarkan sebuah telefon pintar berspesifikasi tinggi pada separuh harga kebanyakan telefon pintar sekelasnya yang dikeluarkan pengeluar lain. Telefon pntar itu adalah OnePlus One dan ia menjalankan versi Android khas yang dibangunkan Cynogen. Namun syarikat itu telah membangunkan perisian OS tersendiri digelar OxygenOS dan ia kini telah siap untuk dilancarkan. Apa yang lebih menarik ialah pengguna OnePlus One kini boleh memuatturunnya untuk dipasang pada telefon pintar mereka.

OxygenOS

OnePlus Melancarkan OxygenOS

OxygenOS telah dibangunkan sendiri oleh OnePlus, namun buat masa ini ia hanyalah satu penambahbaikan ke atas Android 5.0 Lolipop. Dalam blog OnePlus syarikat itu berkata mereka telah mereka kembali OS tersebut dari peringkat asas. Tambah mereka lagi, prestasi dan ketahanan bateri telah diberi keutamaan dalam pembangunan OS ini di samping meninggalkan fungsi yang tidak perlu dan gimik lain.

Ini bermakna OS tersebut tidak nampak banyak berbeza dengan Android Lolipop yang dipasang pada peranti Nexus. Namun terdapat ciri-ciri tambahan seperti gestur pintas yang boleh diinput semasa skrin dimatikan, menu setting yang telah diperkembang, file explorer, dan beberapa opsyen termaju yang dibawa dari CynogenMod.

Matlamat syarikat itu dengan OxygenOS ialah menyediakan kemaskini bermakna dengan lebih pantas dan mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan dengan lebih baik untuk setiap pengguna OnePlus. Namun fakta tersirat dari langkahnya beralih kepada OxygenOS ialah mengurangkan kebergantungan OnePlus kepada Cynogen. Hubungan kedua-dua syarikat ini menjadi renggang apabila Cynogen menandatangani perjanjian eksklusif dengan sebuah syarikat pengeluar telefon pinter India, Micromax, sejurus sebelum OnePlus merancang untuk melancarkan telefon pintarnya di negara berkenaan.

Dijangka OxygenOS akan menjadi OS standard pada telefon pintar OnePlus di masa hadapan seperti OnePlus Two, tetapi buat masa ini, pengguna OnePlus One perlu memuatturun dan memasang OS tersebut sendiri. Arahan untuk memasangnya boleh diperolehi dari laman web syarikat berkenaan.

Ini review OxygenOS yang dilakukan pengguna Youtube MKBHD

The post OnePlus Melancarkan OxygenOS appeared first on TechKini.com.

Nota: