OnePlus 5 Disahkan Bakal Menggunakan Cip Snapdragon 835

Menjadi kebiasaan untuk pihak OnePlus untuk mengumumkan sedikit demi sedikit info berkenaan telefon pintar merek sebelum pelancaran rasmi. Selepas mengumumkan kerjasama dengan pihak DxO tempoh hari, kini OnePlus mengesahkan yang mana OnePlus 5 bakal dijana menggunakan cip Snapdragon 835.

Cip Snapdragon 835 menggunakan rekaan binaan 10nm yang mana menawarkan kuasa pemprosesan tinggi, serta pada masa yang sama menggunakan tenaga bateri dengan efisyen.

Kebanyakkan peranti mudah-alih baru menggunakan cip ini, termasuk Samsung, Xiaomi, Sony dan lain-lain. Dengan penggunaan cip terbaru ini juga, ia akan memudahkan lagi OnePlus bersaing dengan pengeluar peranti lain mereka dengan mudah. Selain daripada itu, OnePlus juga akan menggunakan OxygenOS bersama telefon pintar terbaru ini dan telah mengoptimasikan ia khusus untuk OnePlus 5.

Buat masa ini, tarikh pelancaran OnePlus 5 ini masih tidak diketahui lagi.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: