OnePlus 3T Telah Dihentikan Pengeluarannya

OnePlus 3T ialah model gantian kepada OnePlus 3. Peranti ini dilancarkan pada bulan November yang lalu dengan penaiktarafan kepada pemproses Snapdragon 821 berbanding model sebelumnya. Walaupun mempunyai spesifikasi yang tinggi, ia masih dijual pada harga yang lebih rendah berbanding peranti utama pesaing.

Bagi mereka yang menyimpan hasrat membeli OnePlus 3T, anda perlu segera membelinya sekarang. Ini adalah kerana OnePlus telahpun mengesahkan mereka telah menghentikan pengeluaran OnePlus 3T. INi adalah bagi memulakan pengeluaran untuk OnePlus 5 yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Tidak seperti pengeluar lain. OnePlus tidak mempunyai kilang yang besar untuk menghasilkan lebih dari satu peranti pada waktu yang sama. Penghentian produksi OnePlus 3T ini tidak mengejutkan kerana sebelum ini pengeluaran OnePlus 3 turut dihentikan bagi menghasilkan OnePlus 3T.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: