OneNote Untuk Android Dikemaskini – Kini Menyertakan Antaramuka Yang Dioptimasikan Untuk Tablet

Microsoft hari ini memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi pengambilan nota popular daripada mereka di platform Android, iaitu OneNote. Kemaskini ini dilihat membawakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya.

Salah satu perkara yang menjadi fokus pada kemaskini ini adalah pengenalan antaramuka yang dioptimasikan untuk tablet – sekaligus membolehkan pengguna menggunakan OneNote pada tablet dengan lebih baik lagi.

OneNote Android

OneNote Android

Antaramuka baru untuk tablet ini juga turut membawakan beberapa elemen Ribbon yang sedia popular pada aplikasi pejabat daripada Microsoft. Ini sekaligus memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan Microsoft pada tablet Android mereka, dan juga menyambungnya pada komputer tanpa sebarang kelainan.

Disamping itu, ia turut membawakan sokongan tulisan tangan – sesuatu yang tiada sebelum ini, sekaligus membolehkan pengguna membuat input menggunakan stylus dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan OneNote, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dari Google PlayStore dan menggunakannya dalam pengambilan nota anda.

Nota: