OneDrive – SkyDrive Yang Dijenamakan Semula Kini Boleh Diakses Pengguna

Setelah mengumumkan penjenamaan semula SkyDrive kepada OneDrive, hari ini pihak Microsoft membuka laman tersebut kepada umum, sekaligus membolehkan pengguna menggunakannya dalam menguruskan pelbagai fail mereka pada satu lokasi.

OneDrive

Daripada apa yang dilihat, kemaskini kepada nama baru ini akan dilakukan secara automatik. Sebagai contoh, aplikasi SkyDrive kini telah pun mula menggunakan nama OneDrive di Google Play Store. Microsoft mengatakan semua aplikasi akan dikemaskini secara automatik dengan menggunakan penjenamaan baru, disamping menyertakan beberapa pembaharuan bersama-sama dengannya.

Untuk pengguna Android, salah satu fungsi baru yang dibawakan melalui OneDrive adalah sokongan memuat-naik gambar secara automatik – salah satu fungsi yang telah diperkenalkan pada iOS sebelum ini.

Microsoft turut membawakan program ganjaran seumpama Dropbox melalui OneDrive ini, dimana pengguna boleh menggunakan pautan khas dalam mengajak rakan-rakan menggunakan OneDrive dan menerima 500MB tambahan percuma untuk setiap rakan yang menggunakan pautan jemputan anda. Ruangan storan sehingga 5GB diberikan melalui program tersebut. Penggunaan fungsi salinan gambar pada peranti dengan menggunakan OneDrive pula akan memberikan pengguna ruangan percuma tambahan sehingga 3GB. Disamping itu, program storan berbayar juga turut disediakan dengan pilihan bayaran bulanan.

Bagi anda yang menggunakan SkyDrive atau mempunyai akaun Microsoft, boleh ke laman OneDrive hari ini dan menggunakan perkhidmatan storan awan daripada Microsoft tersebut.

Layari : OneDrive

Nota: