Office Mesra Skrin Sentuh Untuk Android Dikatakan Akan Hadir Terlebih Dahulu Sebelum Versi Windows

Microsoft pada tahun ini telah hadir dengan aplikasi Office untuk iPad, yang mana menawarkan pengguna iPad membuat penyuntingan dokumen Word, Excel dan PowerPoint pada tablet daripada Apple tersebut.

Kini, Microsoft turut dilihat ingin memperluaskan penawaran tersebut kepada pengguna Android tidak lama lagi. Apa yang agak mengejutkan adalah dimana versi untuk Android dijangka akan hadir terlebih dahulu sebelum versi ModernUI untuk perisian sama hadir ke Windows 8.

Office Touch

Perisian Office versi ModernUI atau Metro merupakan salah satu aplikasi yang dinantikan sekian lama, apatah lagi dengan fokus pihak Microsoft terhadap Windows RT.

Pada hari ini, pengguna tablet Windows terpaksa mengakses aplikasi Office melalui Desktop, dan masih tidak mesra pengguna skrin sentuh sepenuhnya. Microsoft dijangka akan menawarkan Office versi Metro ini sekitar tahun 2015 kelak.

Buat masa ini, untuk pengguna Android, pihak Microsoft hanya menawarkan aplikasi mesra skrin telefon sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah versi tablet ini akan diperkenalkan.

Nota: