Oculus Akan Hadir Dengan Peranti Realiti-Maya Yang Beroperasi Secara Kendiri Pada Harga Lebih Rendah

Oculus merupakan anak syarikat Facebook yang memfokuskan kepada arena realiti-maya. Sebelum ini, mereka telah mencuri perhatian ramai melalui set realiti-maya yang dinamakan sebagai Oculus Rift – yang mana digunakan ramai dalam pembangunan kandungan realiti-maya mereka. Ia seterusnya telah diperluaskan dengan sokongan alat kawalan khusus dan sebagainya.

Berkongsi mengenai perancangan masa hadapan, Mark Zuckerberg hari ini mengumumkan yang mana mereka sedang membangunkan sebuah peranti realiti-maya dibawah Oculus yang mampu beroperasi secara kendiri.

Ini bermakna pengguna tidak perlu menggunakan telefon pintar didalamnya seperti Samsung Gear VR – salah satu set realiti-maya yang menggunakan teknologi Oculus. Disamping itu, pada masa yang sama, ia juga dikatakan akan membawakan harga yang lebih rendah daripada Oculus Rift. Set realiti-maya yang masih pada peringkat prototaip ini turut dilihat akan membawakan rekaan penggunaan tanpa wayar ke PC, sekaligus memudahkan pengguna membawa kemana-mana dengan mudah. Mark turut mengatakan menggunakan set realiti-maya ini ia boleh memantau gerakkan dan memberikan kesan masa-nyata dalam dunia realiti-maya.

Buat masa ini, Mark Zuckerberg tidak berkongsi akan harga dan tarikh ia akan dilancarkan.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: