Nokia sebelum ini pernah dikatakan yang mana mereka sedang menguji peranti berasaskan sistem operasi Android. Kini, sebuah gambar tertiris ke arena web, memperlihatkan peranti tersebut yang dikenali dengan nama kod “Normandy”.
Daripada apa yang dilaporkan, Nokia “Normandy” ini akan menjalankan sistem operasi Android yang telah diubah-suai (lebih kurang seperti Amazon yang menggunakan Android pada Kindle Fire).
Gambar Nokia “Normandy” yang tertiris ke arena web ini memperlihatkan bentuk peranti berkenaan dengan rekaan ikonik mereka, disamping turut menyertakan sebuah butang kapasitif pada bahagian hadapan.
Ia dikatakan Nokia “Normandy” ini direkabentuk sebagai peranti dengan spesifikasi asas memfokuskan negara-negara membangun – lebih kurang seperti Asha. Seperti peranti Android lain, ia juga boleh menjalankan pelbagai aplikasi melaluinya.
Nokia “Normandy” ini dikatakan disasarkan untuk pelancaran pada tahun 2014 kelak. Namun, dengan pengambil-alihan oleh Microsoft ini, ia tidak pasti sama ada perkara ini akan direalisasikan ataupun sebaliknya.