Nokia Music Dijenamakan Semula Menjadi Nokia MixRadio

Nokia Music boleh diakses oleh pengguna tempatan sejak beberapa minggu yang lepas, dan kini ia dilihat pihak Nokia menjenamakan semula perkhidmatan mereka kepada nama baru – Nokia MixRadio.

Nokia MixRadio

Kemaskini baru ini menyertakan pelbagai fungsi yang hadir pada versi sebelumnya, membolehkan pengguna untuk mendengar pelbagai lagu dan muzik tanpa sebarang iklan. Melalui Nokia MixRadio, pengguna boleh membuat Thumbs Up/Down, selain berkongsi lagu-lagu terus ke laman sosial seperti Facebook, Twitter mahupun SMS.

Seperti biasa, ia ditawarkan secara eksklusif untuk pengguna Nokia Lumia buat masa ini.

Nota: