Nokia MixRadio Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pengguna Malaysia

Nokia MixRadio telah ditawarkan sejak minggu lepas, membolehkan pengguna tempatan untuk mengakses pelbagai lagu artis tempatan dan seluruh negara secara percuma melaluinya.

Hari ini, bersama-sama pelancaran rasmi Lumia 1520, pihak Nokia turut sama mengumumkan pelancaran rasmi perkhidmatan tersebut kepada pengguna tempatan.

Bagi mereka yang menggunakan telefon pintar Nokia Lumia, anda boleh memuat-turun aplikasi Nokia MixRadio ini dan mendengar lagu melaluinya. Peranti baru yang akan dijual kelak dijangka akan hadir dengan aplikasi ini terbina bersama-sama.

Nota: