Nokia Memperlihatkan Sesuatu Yang “Epik” Akan Hadir Melalui Akaun Vine Mereka

Nokia Vine EpikBahagian peranti dan perkhidmatan Nokia kini dibawah Microsoft, dan semestinya ramai menantikan apakah antara perkara awal yang akan diumumkan mereka yang kini dibawah gergasi perkomputeran dunia.

Melalui akaun Vine, Nokia dilihat telah menerbitkan sebuah video 6 saat, memperlihatkan sesuatu yang baru akan hadir daripada mereka. Nokia menggunakan beberapa peranti klasik mereka dalam video teaser ringkas ini, dan menggunakan tajuk “epik” dan juga “warna-warni”.

Seperti biasa, ia masih menjadi tanda tanya berkenaan apakah yang akan diumumkan oleh Nokia dalam masa terdekat ini. Adakah peranti Asha baru mereka? Adakah peranti berasaskan Windows Phone, ataupun sesuatu yang baru daripada Microsoft?

Nota: