Nokia Melantik Rajeev Suri Sebagai CEO – Hadir Dengan Strategi Baru

Rajeev SuriDengan pengambil-alihan bahagian peranti Nokia oleh Microsoft, CEO sebelum ini, Stephen Elop telah berpindah ke Microsoft. Lanjutan daripada itu, Nokia Corp hari ini mengumumkan beberapa perubahan, dan hari ini melantik Rajeev Suri sebagai CEO baru dan Presiden syarikat tersebut.

Rajeev Suri merupakan salah seorang jurutera telekomunikasi, dimana telah mengetuai bahagian rangkaian mudah-alih Nokia sejak tahun 2009. Pelantikan beliau sebagai CEO akan efektif bermula 1 Mei ini, sekaligus akan memperlihatkan fasa baru Nokia.

Ia juga dilihat Nokia akan terus mengukuhkan perniagaan mereka dalam bidang rangkaian, lokasi pemetaan dan juga teknologi. Seperti semua sedia maklum, salah satu perkhidmatan yang kekal milik Nokia adalah HERE, yang sedia digunakan pada pelbagai peranti dan kenderaan.

Nota: