Nokia Lumia 930 Turut Diperkenalkan – 5-inci, 20-Megapixel PureView, Windows Phone 8.1

Selain peranti dengan spesifikasi pertengahan, pihak Nokia turut mengumumkan kemaskini kepada peranti utama keluarga Lumia mereka yang baru, dikenali dengan nama Nokia Lumia 930.

Nokia Lumia 930

Seperti biasa, kamera masih menjadi fokus utama, dimana ia menyertakan kamera 20-megapixel PureView, sokongan OIT dan juga optik ZEISS untuk membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan jelas pada pelbagai keadaan. Kamera hadapan 1.2-megapixel turut disertakan dengan sokongan HD pada telefon pintar ini.

Selain kamera, pihak Nokia turut menyertakan empat mikrofon pada peranti ini yang memudahkan rakaman video dengan audio berkualiti tinggi. Untuk rekaan peranti, ia membawakan bingkai berasaskan aluminium dan juga bahagian belakan polikarbonat yang hadir dengan beberapa pilihan warna menarik.

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan Snapdragon 800 2.2Ghz, memori 2GB RAM, sokongan LTE, bateri berkapasiti 2420mAh dan juga sokongan pengecasan tanpa-wayar.

Nokia Lumia 930 ini bakal dipasarkan bermula bulan Jun kelak oleh Nokia dipasaran Asia.

Nota: