Nokia Lumia 1520 Akan Datang Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Pihak Nokia Malaysia dilihat telah pun mula mempromosikan gambar Lumia 1520 di halaman rasmi Facebook mereka, dimana pada masa yang sama turut menyertakan hashtag #ComingSoon, menandakan ia akan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Nokia Lumia 1520 merupakan phablet pertama daripada pihak Nokia, dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 800, skrin bersaiz 6-inci, serta dilengkapi dengan kamera belakang 20-megapixel PureView.

Beberapa penambah-baikkan disertakan termasuk ruangan mikro-SD, rakaman audio stereo, beberapa aplikasi khas, serta menggunakan Windows Phone 8 Update 3.

Daripada promosi yang telah mula dilakukan melalui laman Facebook mereka, mungkin kita akan melihat ia dilancarkan di Malaysia pada tahun ini.

Nokia Lumia 1520

Baca juga:  Mari Mengenali Angka Ketahanan IP
Nota: