Nokia HERE (Beta) Samsung Galaxy Diumumkan – Hadir Dengan Sokongan Navigasi Offline

Nokia hari ini secara rasminya mengumumkan aplikasi HERE untuk Android, tetapi dilihat eksklusif untuk peranti Samsung Galaxy terlebih dahulu. Aplikasi ini dilihat ditawarkan secara percuma untuk pengguna peranti Samsung Galaxy buat masa ini.

Samsung Nokia HERE

Menggunakan aplikasi HERE untuk Android ini, ia membolehkan pengguna mencari lokasi, melayari peta, dan menggunakan sokongan navigasi offline pada peranti mereka.

Perkara ini semestinya membuatkan ramai yang gembira menggunakannya, apatah lagi dengan sokongan offline untuk navigasi yang membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan navigasi walaupun tanpa akses internet. Untuk menjayakan perkara ini, pengguna perlu memuat-turun peta ke peranti mereka terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan sokongan offline.

Samsung Nokia HERE

Samsung Nokia HERE

Samsung Nokia HERE

Bersama-sama pengumuman ini, pihak Nokia turut mengatakan yang mana ia akan turut boleh menggunakan aplikasi tersebut ke peranti Samsung Gear S, sekaligus memudahkan anda menggunakan ia ketika berjalan – tanpa perlu melihat skrin telefon pintar.

Hera GEAR

Disamping itu, aplikasi ini juga turut diintegrasikan bersama-sama Samsung Car Mode, membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan tersebut dengan kawalan suara ketika memandu.

Walaupun diumumkan hari ini, aplikasi tersebut masih belum diterbitkan lagi. Pihak Nokia mengatakan yang mana ia akan diterbitkan sebaik sahaja peranti Samsung Gear S dipasarkan oleh Samsung.

Nota: