Nokia Bakal Hadir Dengan Tablet Windows RT Bersaiz 8-inci?

Pada Nokia World yang lepas, pihak Nokia telah memperkenalkan tablet pertama berasaskan Windows RT daripada mereka, dinamakan sebagai Nokia Lumia 2520. Ia hanyalah permulaan, dan nampaknya pihak Nokia mempunyai beberapa tablet lain dalam perancangan.

Daripada tweet @evleaks, ia kini dilihat Nokia turut sama sedang menyediakan tablet bersaiz 8-inci mereka yang menjalankan sistem operasi Windows RT, dan dikenali dengan nama kod “Nokia Illusionist”.

Apakah yang bakal dibawakan sepenuhnya oleh tablet berkenaan masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Memandangkan Nokia Lumia 2520 baru sahaja dilancarkan, maka mungkin ia akan mengambil sedikit masa lagi sebelum tablet bersaiz 8-inci ini diperkenalkan.

Nota: