Nintendo sedang mengalami zaman Renaissance dengan konsol Switch mereka mendapat sambutan yang amat diuar jangkaan. Pelbagai permua untuk peranti pintar pula menghasilkan jumlah jualan yang tinggi melalui sistem transaksi mikro. Perubahan nasib Nintendo ini sungguh tidak dijangka selepas kegagalan Wii U.
Dengan kejayaan semasa pada platform konsol dan peranti mudah alih, apakah perancangan Nintendo pada platform PC? Di dalam sesi soal jawab bersama pemegang saham, presiden Nintendo Tatsumi Kimishima menegaskan pihak mereka tidak mempunyai perancangan untuk menghasilkan permainan pada platform PC. Jadi bagi peminat Nintendo, mereka harus bergantung kepada pelagak yang dibangunkan pihak ketiga untuk menikmati permainan Nintendo pada PC.