Nintendo Akan Hadir Dengan Konsol Baru Untuk Negara Membangun Pada Tahun Hadapan

NintendoNintendo sering dikatakan menghadapi masalah untuk bersaing dengan beberapa pengeluar konsol seperti daripada Sony dan juga Microsoft. Kini, dilihat pihak Nintendo mempunyai perancangan mereka tersendiri, dan dilihat akan hadir dengan sebuah konsol baru menyasarkan negara-negara membangun.

Berbeza dengan selalunya, yang mana kita akan lihat versi lama dijual pada harga rendah, pihak Nintendo mengatakan ia akan hadir dengan konsol yang serba baru dengan rekaan yang baru khusus untuk negara-negara membangun.

Secara kasarnya, boleh dikatakan negara membangun menjadi fokus pelbagai syarikat teknologi seluruh dunia, apatah lagi dengan bilangan pengguna yang tinggi.

Apa pun, seperti biasa, semestinya apakah permainan yang akan ditawarkan dan harga permainan turut menjadi salah satu faktor utama dalam penjualan konsol mereka kelak.

Nintendo dijangka akan memperkenalkannya seawal tahun hadapan, ataupun mungkin pada 2016 kelak.

Nota: