Nexus 5 Diperkenalkan Secara Rasmi – Hadir Bersama-sama Android 4.4 KitKat

Telefon pintar dari keluarga Nexus merupakan antara peranti yang dinantikan ramai peminat Android seluruh dunia. Selepas pelbagai desas-desus dan gambar yang tertiris sebelum ini, hari ini peranti berkenaan dilancarkan secara rasminya oleh Google.

Nexus 5 Diperkenalkan Secara Rasmi – Hadir Bersama-sama Android 4.4 KitKat

Nexus 5 Diperkenalkan Secara Rasmi – Hadir Bersama-sama Android 4.4 KitKat

Seperti Nexus 4 sebelum ini, Nexus 5 dikeluarkan oleh LG, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 4.95-inci yang menyokong paparan 1080p, dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 800 2.3GHz, memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan juga kamera hadapan 1.3-megapixel.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah Android 4.4 KitKat, yang mana menyertakan beberapa pembaharuan. Nexus 5 merupakan telefon pintar pertama yang hadir bersama-sama Android 4.4 KitKat ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan hadir ke pasaran tempatan. Beberapa penjual telah pun mula mengambil pra-tempahan untuk peranti ini pada harga bermula RM1499.

Nota: