Neptune Pine : Jam Tangan Pintar Sebenar

Peranti-boleh-pakai ialah segmen pasaran yang dijangkan bakal meledak pada tahun ini . Intel memperlihatkan prototaip jam tangan pintar mereka manakal Razer memperlihatkan Razer  Nobu. Namun kesemua perantai-boleh-pakai di atas dan juga yang ada dipasaran sekarang masih tidak mempunyai fungsi yang benar-benar membuatkan ianya berbaloi dimiliki.

Seperti yang kami katakan pada ulasan Galaxy Gear sebelum ni,  jumlah aplikasi yang sangat kecil serta terhad membuatkan majoriti peranti-boleh-pakai sekarang hanya layak dipanggil gimik. Rata-rata hanya alat yang perlu ditambat kepada telefon pintar bagi membolehkan ianya berfungsi.

Neptune Pine cube melakukan sebaliknya. Jam pintar ini bolehlah dikatakan jam pintar sebenar kerana ia tidak memerlukan tambatan Bluetooth untuk berfungsi. Dengan slot kad sim jam pintar ini dapat melakukan apa yang peranti pintar anda mampu lakukan. Ia diperkasakan oleh pemproses 1.2 GHz dua teras, RAM 512 MB, skrin 2.4″, kamera utama dan belakang 5 MP (dengan flash), GPS,  serta muatan dalaman sehingga 32 Gigabyte. Jam pintar Android ini boleh melakukan panggilan telefon, panggilan video, menerima SMS dan melayar internet secara terus.  Skrin Neptune Pine juga boleh ditanggalkan jika and mahu menaip dengan menggunakan dua tangan.

Kami cukup tertarik dengan kemampuan memuaturun aplikasi Google Play secara terus Neptune Pine. Pada Galaxy Gear hanya beberapa aplikasi boleh dimuaturun tanpa memerlukan kami melakukan rooting. Perkara yang sama juga berlaku pada Sony Smartwatch 2. Kerisauan kami ialah jangka hayat peranti yang pastinya pendek dan kejanggalan memakai jam tangan yang lebih besar dari kepala tali pinggang.


neptune-pine-smartwatch-designboom-05

neptune-pine-smartwatch-designboom-03

 

 

 

 

Nota: