Siri perlumbaan kereta Need For Speed akan kembali menemui peminat pada 10 November hadapan. Trailer untuk Need for Speed Payback diperlihatkan hari ini dan nampaknya NFS sudah menjadi Fast and The Furious.
Tidak banyak maklumat diketahui buat masa ini tetapi dari trailer di atas ia berkisar tentang sekumpulan pelumba kereta yang ingin membalas dendam. Lebih banyak maklumat akan dikongsi oleh EA ketika acara E3 dan EA Play minggu hadapan. Need for Speed Payback akan hadir pada pada platfrom PlayStation 4, Xbox One dan PC.