Najib ucap tahniah kepada Kedah, juara Piala FA 2017

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Kedah yang menjuarai Piala FA 2017 selepas menewaskan Pahang pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi. Beliau turut memberi kata-kata semangat kepada pasukan Pahang, negeri kelahirannya, yang telah memberi tentangan sengit dalam perlawanan itu. “Saya di Riyadh tapi dengar perlawanan semalam sangat menarik, tahniah Kedah juara #PialaFA2017! Kepada Pahang, kalah menang adat permainan, cuba lagi tahun depan,” tulis Najib di Twitternya hari ini.

| Berita penuh

| Muka terdahulu | Berita lain

Nota: