Naik Taraf Ke Windows 9 Adalah Percuma Untuk Pengguna Windows 8

Setiap kali versi baru Windows muncul di pasaran, Microsoft selalunya akan memberikan potongan harga kepada pengguna yang mahu menaik taraf ke versi terkini. Untuk Windows 9 nampaknya Microsoft bakal memberikan penaik tarafan secara percuma kepada setiap pengguna Windows 8. Berita ini disahkan oleh CEO merangkap pengarah Microsoft Indonesia Andreas Diantoro. Beliau dipetik oleh akhbar Detik mengesahkan penaik tarafan sistem operasi ini akan dimuat turun secara automatik oleh komputer Windows 8.  Windows 9 masih belum disahkan secara rasmi tetapi acara khas sudahpun ditetapkan oleh Microsoft 30 September hadapan. Antara pembaharuan yang bakal dibawa oleh Windows 9 ialah sokongan desktop maya, menu Start, kebolehan membuka aplikasi Metro (ModernUI) dalam bentuk tetingkap di desktop, pusat notifikasi, dan integrasi Cortana. Kami sendiri masih tegar menggunakan Windows 7. Diharap Windows 9 dapat memperbaiki beberapa masalah Windows 8 yang membuatkan kami kekal dengan Windows 7.

Windows_9

Sumber Detik

Nota: