(MWC 2014) Sony Memperlihatkan Konsep Lifelog Camera

Sony pada CES 2014 yang lepas telah sedia menunjukkan teras untuk peranti boleh-pakai mereka, dinamakan sebagai Core. Ketika itu, ia hanya diperlihatkan untuk digunakan pada gelang tangan sahaja, dan kini di MWC, pihak Sony membawa setapak kehadapan dengan memperlihatkan konsepnya dengan sokongan kamera.

Sony Lifelog Camera

Sony Lifelog Camera

Mengikut konsep yang diperlihatkan, ia dilihat pengguna boleh memakainya sebagai rantai pada leher mereka, dan ia akan merekodkan gambar dari masa ke semasa, sekaligus merekodkan hidup harian anda.

Seperti biasa, untuk menjayakannya, pengguna akan diperlukan untuk menggunakan aplikasi Lifelog untuk mengakses datanya. Aplikasi Lifelog ini kemudiannya akan merekodkan data sebagai lokasi, aktiviti fizikal, dan sebagainya – serta mempersembahkan ia dalam format yang menarik.

Waualbagaimanapun, Lifelog Camera yang diperlihatkan ini hanya sekadar konsep sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan direalisasikan ataupun sebaliknya.

Nota: