(MWC 2014) Acer Liquid E3

Acer Liquid E3
PemprosesMediaTek MT6589 1.2GHz
RAM1GB
Muatan Dalaman4GB
Kamera13-megapixel, 2-Megapixel Depan
Skrin4.7-inci IPS LCD 720p

Bersempena dengan Mobile World Congress 2014, pihak Acer turut telah mengambil kesempatan dalam mengumumkan salah satu telefon pintar terbaru daripada mereka, dinamakan sebagai Acer Liquid E3.

Acer Liquid E3 secara kasarnya membawakan rekaan yang menyerupai beberapa peranti Acer sebelum ini. Namun, ia menyertakan beberapa perubahan, termasuk penggunaan butang fizikal yang dinamakan sebagai Acer Rapidkey pada bahagian belakang – di bawah kamera belakang.

Pengguna boleh memilih apakah yang ingin diakses dengan menekan butang Acer RapidKey ini, dan sekiranya pengguna menekan ia sebanyak dua kali, ia akan membuka kamera secara automatik untuk tujuan rakaman gambar.

Secara keseluruhannya, peranti dengan spesifikasi pertengahan ini membawakan bentuk rekaan yang selesa di tangan, dan tidak merakamkan banyak kesan cap jari seperti beberapa peranti lain.

Melengkapkan peranti ini adalah sistem operasi berasaskan Android. Pihak Acer menambah antaramuka khusus mereka, yang dinamakan sebagai Acer Liquid UI. Menggunakannya, beberapa fungsi disertakan, termasuk Float Caller dan beberapa yang lain. Telefon ini menggunakan Android 4.2 Jelly Bean, dan Acer mengatakan kemaskini Android 4.4.2 KitKat akan diperkenalkan untuknya tidak lama lagi.

Nota: