Murid Disepak Dan Dipijak Kepala Oleh Guru

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Murid Disepak Dan Dipijak Kepala Oleh Guru | Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sedang menyiasat dan meneliti kes seorang murid tahun lima yang mendakwa disepak seorang guru di sebuah sekolah di Chendering di sini Rabu lalu.

Timbalan Pengarah JPNT, Hashim Mohd Zin berkata, pihaknya sedang menunggu laporan penuh berkaitan kes berkenaan termasuk laporan kesihatan guru tersebut.

“Kita sedang menyiasat hal ini secara keseluruhan. Kalau benar guru berkenaan melakukan hal tersebut dan didapati bersalah, kita akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas guru tersebut termasuk mengambil tindakan tatatertib kerana melanggar etika seorang guru,” katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian itu, murid tersebut Wan Luqman Al-Hakim Wan Omar mendakwa dia disepak dan dipijak kepalanya oleh seorang guru lelaki setelah guru berkenaan cuba meleraikan pergaduhan antara dia dengan rakan sekelasnya di hadapan sekolah berkenaan.

Hashim turut menasihati murid berkenaan supaya datang ke sekolah dan menjalani sesi persekolahan seperti biasa.

“Tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan dan pelajar tersebut telah saya nasihatkan supaya ke sekolah dan menumpukan perhatian sepenuhnya seperti biasa terhadap pelajaran.

“Kita juga akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya. – Bernama

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Product

Murid Disepak Dan Dipijak Kepala Oleh Guru
Emas Putih

Nota: