Muka Baru Blog Denaihati – Lebih Mesra, Kemas Dan Padu!

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog picisian Dr Fuh yang dikasihi lagi dihormati sekalian. Semoga kalian semua sihat-sihat hendaknya dan sentiasa ceria-ceria sokmo icon smile Muka Baru Blog Denaihati   Lebih Mesra, Kemas Dan Padu!

Denaihati. Satu jenama yang tak perlu lagi disangkal terutamanya didalam dunia blogging tika ini. Blog yang Dr Fuh boleh beri penghormatan sebagai salah seorang dikalangan pencetus dunia SEO Malaysia yang terawal. Sebut sahaja nama Denaihati, para blogger sudah boleh terbayang diminda dengan ‘event-event besar blogger, contest berhadiah lumayan, insentif-insentif wang tunai dan percutian, seminar-seminar berkaitan medium atas talian (on line) dan banyak lagi. Memang kena sangat dengan tagline beliau ‘Hidupkan Untuk Memberi’.

Kali ini Denaihati tampil dengan muka baru dimana ianya diselenggara oleh eizil network iaitu syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan seperti pembangunan sistem atas talian, pembangunan perkara berkaitan WordPress termasuk themes, plugins dan custom functions.

Muka Baru Blog Denaihati

Satu perkataan yang Dr Fuh boleh cakap. SUPERB!. Bukan kerana layout nya yang cantik, menawan kalbu, berbunga-bunga or something like that, tapi dengan kepantasan loading blog Denaihati ini. Berdesuppp!! Sungguh PADU dia punya pergi. Memang super laju dan super mesra pembaca. Tekan saja mana-mana inbound link, tak sampai 2 saat, siap loading! Itu perubahan ketara yang Dr Fuh nampak dengan begitu jelas.

loading page denaihati Muka Baru Blog Denaihati   Lebih Mesra, Kemas Dan Padu!

Selain itu, Tuan Denaihati sudah semestinya akan menitikberatkan susun atur terutamanya di halaman utama ’homepage’ blog Denaihati dari dahulu lagi. Tapi kali ini penampilan baru blog denaihati dilihat lebih kemas dan rapi serta sangat jelas dengan imej ‘thumbnail‘ nya yang besar dan diulas dengan sedikit ‘description‘ pada setiap artikel terkini sudah cukup untuk meyakinkan dan menarik perhatian pembaca untuk melayari artikel tersebut. Pendek kata lebih mesra pembaca lah.

homepage denaihati Muka Baru Blog Denaihati   Lebih Mesra, Kemas Dan Padu!

Seterusnya, yang menarik perhatian Dr Fuh adalah ‘social button’ untuk laman-laman sosial Tuan Denaihati seperti Facebook, Keek, Twitter, G+1, Instagram, Youtube dan juga RSS Feed. Dari segi susun atur button tersebut yang berada tepat dia atas laman (header) sudah jelas menunjukkan bahawa Tuan Denaihati seorang yang menitikberatkan interaksi sosial dengan pembaca-pembacanya. Yang paling penting, button tersebut tidak menyakitkan mata dan comel-comel belaka (dengan harapan ada yang nak ajar Dr Fuh buat button macam tu) hehehe. Tak percaya? Tengok screen shot bawah ni.

social button Muka Baru Blog Denaihati   Lebih Mesra, Kemas Dan Padu!

Rasanya itu sahaja perubahan ketara yang Dr Fuh dapat lihat pada laman Denaihati yang baru ini. Mungkin banyak lagi perubahan lain yang ketara dilakukan tapi Dr Fuh ‘masih belum perasan’. Hehehe. Walaubagaimana pun, Tuan Denaihati masih mengekalkan warna tema blog Denaihati iaitu warna kesukaan Rasulullah SAW, Warna hijau.

Akhir kata, Tahniah buat Denaihati Network dan semoga terus memberi kerana tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Dr Fuh – Masih terngiang-ngiang dengan kepantasan ultrasonic loading blog denaihati.com 🙂

If you enjoyed this post, you should read this: Laluan Antara Gunung Yang Terkenal Di Jepun

Muka Baru Blog Denaihati – Lebih Mesra, Kemas Dan Padu!
Dr Fuh

Nota: