MSI VR One – Komputer Beg-Galas Daripada MSI Akan Ditawarkan Di Malaysia Seawal Disember 2016

MSI telah memperlihatkan komputer beg-galas mereka sebelum ini, dan kini turut hadir dengan nama akhir untuk produk berkenaan. Dikenali sebagai MSI VR One, komputer beg-galas ini memfokuskan kepada kemudahan pengguna menikmati kandungan realiti-maya tanpa gangguan wayar.

MSI VR One ini dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 10xx, dan dilengkapi dengan bateri yang mampu bertahan penggunaan selama 1.5 jam lamanya. Dari segi berat keseluruhan, komputer beg-galas ini seberat 3.6kg. Ia turut hadir dengan port HDMI, Mini Display, dan juga Thunderbolt 3 berasaskan USB-C. Dari segi rekaan, ia hadir dengan penyejuk terbina yang tidak mengeluarkan bunyi yang kuat – sekaligus tidak menganggu pengalaman realiti-maya anda.

MSI VR One

MSI turut mengatakan komputer beg-galas mereka ini dilengkapi dengan pengoptimasian khusus untuk HTC Vive.

MSI Malaysia menyasarkan untuk menawarkannya dipasaran tempatan menjelang bulan Disember ini.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: