Mozilla Mungkin Hadir Dengan Fungsi Seumpama Google Now Pada Firefox Mobile

Pada peranti mudah-alih, kebanyakkan pengguna ingin dipaparkan dengan pelbagai info sebelum mereka membuat carian. Perkara ini sedia dimudahkan oleh Google melalui Google Now. Selain Google, pihak Mozilla juga dilihat sedang mempertimbangkan fungsi yang lebih kurang sama pada Firefox Mobile.

Firefox Now

Perkara yang masih dalam perancangan ini dilihat ingin memudahkan pengguna ketika mereka membuat carian menggunakan pelayar web mudah-alih Firefox.

Melalui perancangan Mozilla, mereka ingin menawarkan sokongan carian yang lebih baik, dengan mengambil beberapa perkara dalamnya termasuk dari segi lokasi, konteks carian dan sebagainya. Idea awal dilihat ia mungkin turut menggunakan paparan berbentuk “Cards” seperti Google, dan menarik info daripada beberapa perkhidmatan – termasuk daripada Yelp, Wikipedia, Amazon dan sebagainya.

Firefox Now

Firefox Now

Seperti biasa, buat masa ini ia hanya idea awal sahaja daripada pihak Mozilla, dan tidak diketahui lagi sama ada perkara ini akan diimplementasikan ataupun sebaliknya.

Nota: