Mozilla Firefox 31 Hadir Dengan Beberapa Pembaharuan – Kotak Carian Di Tab Baru

Mozilla hari ini secara rasminya telah melancarkan sebuah lagi versi terbaru pelayar web mereka, iaitu Firefox 31, dan sedia untuk dimuat-turun pada desktop Windows, Mac, Linux, selain pada peranti mudah-alih Android.

Firefox 31

Beberapa perubahan dari segi antaramuka turut hadir, termasuk paparan kotak carian pada halaman tab baru untuk memudahkan pengguna membuat carian serta-merta. Disamping itu, sekuriti untuk pelayar web juga turut ditambah-baik termasuk dengan sokongan menghalang fail malware dimuat-turun pada pelayar web berkenaan.

Untuk pengguna Windows juga, pihak Mozilla kini menawarkan sokongan membuka fail PDF dan OGG terus pada pelayar web tanpa sebarang perisian tambahan pada komputer.

Untuk pembangun, beberapa perkara baru turut ditawarkan termasuk Firefox Hubs API dan pelbagai perkara lain.

Bagi anda yang menggunakan Firefox, anda akan menerima kemaskini automatik tidak lama lagi, ataupun boleh memuat-turunnya daripada halaman rasmi Firefox hari ini.

Nota: