Mozilla Dilihat Bersedia Untuk Menyertai Arena Penerbitan Kandungan

Mozilla sehingga kini lebih popular sebagai pengeluar pelayar web Firefox. Untuk tahun ini, mereka dilihat mempunyai pelbagai perancangan menarik, dimana selain menyertai arena pengiklanan, mereka juga sedang mencari editor untuk sebuah projek baru mereka dinamakan Mozilla Voices.

Daripada penyenaraian kerja kosong di Mozilla Voices, ia dilihat Mozilla akan memfokuskan kepada beberapa topik menarik yang tidak begitu mendapat perhatian, sebagai contoh kisah berkenaan wanita di Syria yang membuat pengaturcaraan, startup menarik, teknologi di negara-negara membangun dan sebagainya.

Pencarian editor baru juga selari dengan pengumuman pihak Mozilla baru-baru ini mengatakan akan memperlihatkan kandungan menarik di halaman tab baru untuk pengguna pelayar web Firefox baru mereka.

Ia turut dilihat yang mana Mozilla Voices akan menggunakan halaman tab baru untuk membolehkan kandungan yang diterbitkan mereka mencapai lebih ramai pengguna seluruh dunia.

Mozilla baru sahaja memulakan pencarian editor untuk Mozilla Voices ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam beberapa bulan lagi.

Nota: