Motorola Dilaporkan Akan Hadir Dengan Phablet Pada Suku Ketiga 2014

Motorola mula mendapat perhatian ramai kembali sejak pengenalan Moto X dan juga Moto G. Baru-baru ini mereka telah mengumumkan akan hadir dengan jam tangan pintar berasaskan Android Wear, dan mengikut laporan terbaru, syarikat pengeluar peranti tersebut turut dikatakan bakal memperkenalkan phablet mereka.

Info berkaitan spesifikasi dan sebagainya tidak diketahui lagi. Pada tahun lepas, ia pernah dikatakan Motorola sedang menyiapkan phablet bersaiz 6.3-inci dinamakan Motorola Xplay. Namun, ia senyap begitu sahaja sehingga laporan terbaru ini.

Melalui laporan terbaru ini, ia hanya sekadar mengatakan Motorola akan memperkenalkan ia pada suku ketiga 2014 ini sahaja, tanpa sebarang informasi lanjut mengenainya.

Sekiranya perkara ini benar, maka tidak mustahil untuk kita mendengar lebih banyak info berkaitan dengannya dalam bulan-bulan akan datang.

Nota: