Moto X Baru Hadir Dengan Skrin 5.2-inci, Snapdragon 801 Dan Kamera 13-Megapixel

Selain daripada peranti bajet mereka, Moto G, pihak Motorola turut sama memperkenalkan peranti flagship yang dikemaskini dan mengekalkan nama yang sama, iaitu Moto X.

Moto X

Moto X membawakan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan 1080p, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 801, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan speaker hadapan pada bahagian bawah, dan bateri berkapasiti 2300mAh.

Moto X

Moto X juga turut dilengkapi dengan sokongan pelbagai rekaan kerangka belakang melalui Moto Maker – tetapi sokongan ini tidak terdapat untuk pasaran Malaysia buat masa ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan Moto X baru ini?

Nota: