Moto G Dikemaskini Dengan Sokongan 4G Dan Mikro-SD

Selain pengenalan Moto E, pihak Motorola turut sama mengumumkan kemaskini kepada telefon Moto G sebelum ini, yang mana kini hadir dengan sokongan rangkaian LTE padanya.

Motorola Moto G

Moto G sebelum ini hadir dengan prestasi telefon yang baik pada harga yang mampu milik berbanding kebanyakkan peranti lain di pasaran. Namun, kekurangan ketika itu adalah sokongan rangkaian 4G padanya, dan kini melalui kemaskini yang diumumkan, pihak Motorola membawakan sokongan tersebut pada peranti tersebut.

Selain rangkaian 4G, kemaskini baru ini turut menyertakan sokongan mikro-SD pada peranti berkenaan.

Motorola mengatakan peranti ini akan ditawarkan di lebih 40 buah negara bersama-sama Moto E, dan memandangkan Moto G sedia ditawarkan di Malaysia, maka mungkin kita akan melihat ia dijual di Malaysia tidak lama lagi.

Nota: