Moto E Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Pertengahan Ogos Ini

Moto EBrightstar baru-baru ini telah memperkenalkan Moto G versi 4G di Malaysia, dan satu lagi peranti baru yang bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat ini adalah Moto E.

Moto E merupakan peranti pada harga rendah daripada pihak Motorola, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 4.3-inci, memori sebanyak 1GB RAM, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz Snapdragon 200, kamera belakang 5-megapixel, dan turut hadir dengan sokongan dwi-SIM.

Secara kasarnya, ia membawakan rekaan seumpama Moto G, dan turut hadir dengan penggunaan Android 4.4 KitKat tanpa sebarang antaramuka tambahan.

Harga jualan tempatan untuk peranti ini masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Daripada info yang kami dengar, ia dilihat peranti ini akan ditawarkan secara eksklusif bersama pihak Lazada terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada pengedar lain – lebih kurang sama seperti pengenalan Moto G sebelum ini di Malaysia.

Nota: