Monitor Melengkung 27 inci Samsung

Walaupun teknologi skrin melengkung telah wujud sekian lama, namun pihak konsumer masih belum pasti samada ia suatu teknologi yang berguna atau tidak. Namun Samsung telah tampil dengan monitor melengkung 27 inci disasarkan kepada gamer dan pekerja pejabat.

Monitor Melengkung 27 inci samsung-SD590C-578-80

Monitor Melengkung 27 inci Samsung

Samsung telah melancarkan monitor melengkung 27 inci SD590C yang disasarkan kepada para gamers dan pekerja pejabat. Menurut Samsung, skrin melengkung 1080p itu mengurangkan keletihan mata kerana skrinnya yang melengkung memudahkan penggunanya melihat penjuru skrin berbanding skrin rata.

Oleh kerana itu, ia disasarkan untuk pekerja pejabat yang berkerja di hadapan monitor dalam masa yang panjang di samping gamers kerana ia dilengkapi ciri-ciri gaming, termasuk mod gaming dengan satu klik di mana ciri ini akan mengubah mengubah warna, kontras dan bunyi secara dinamik menjadikan aksi gaming lebih realistik.

Samsung-27-inch-S27D590C-Curved-Monitor-2

Para gamers terutamanya akan lebih tertarik dengan ciri masa responnya yang rendah, sepantas 4 milisaat dan kadar segar semula 60Hz. Spesifikasi lain termasuk nisbah kontras 3000:1, kecerahan 350cd/m2 dan dilengkapi panel jenis VA. Ia dilengkapi port D-Sub, HDMI dan DisplayPort.

Monitor ini dijual pada harga USD429.99 (sekitar RM1300) di mana monitor 27 inci biasa hanya berharga sekitar RM900. Jadi Samsung mempunyai tugas yang berat untuk meyakinkan pengguna bahawa monitor ini sememangnya berbaloi untuk dibeli. Walaubagaimanapun, tidak diketahui bila monitor ini akan dijual di Malaysia.

The post Monitor Melengkung 27 inci Samsung appeared first on TechKini.com.

Nota: