MOL Global Memfailkan IPO Di Amerika Syarikat

MOLMOL ataupun nama penuhnya, Money Online merupakan salah satu syarikat teknologi popular di Malaysia, dimana selain memiliki platform pembayaran internet, mereka juga turut memiliki laman sosial Friendster, selain turut memfokuskan kepada pembayaran dalam permainan.

Terkini, ia dilihat pihak MOL Global memfailkan penyenaraian saham di Amerika Syarikat, yang mana mungkin membolehkan mereka mengumpulkan dana sehingga $300 juta melaluinya.

Melalui laporan kewangan mereka pada tahun lepas, MOL telah menjana pendapatan sebanyak RM171 juta ringgi, yang mana memperlihatkan peningkatan sebanyak 74.9% berbanding tahun sebelumnya.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat awal penyenaraian, dan MOL masih tidak berkongsi mengenai berapa banyak saham yang akan dijual oleh mereka, ataupun harga tawarannya kelak.

Dana daripada penawaran saham ini dijangka akan digunakan untuk membayar hutang, disamping untuk tujuan korporat.

Nota: