Model Baru Asus Zenfone 4 Akan Dilancarkan Pada 19 Ogos Hadapan

Tahun demi tahun Asus akan melancarkan beberapa peranti di bawah keluarga Zenfone mereka. Tahun lalu enam versi Zenfone 3 dilancarkan. Tahun ini hanya empat sahaja model akan dilancarkan dan tarikh pelancarannya ialah pada 19 Ogos hadapan. Acara akan berlangsung di SMX Convention Center in Pasay, Filipina.

Peranti-peranti yang dipercayai akan dilancarkan kelak ialah Zenfone 4, Zenfone 4 Selfie, and Zenfone 4 Pro. Sebelum ini hanya Zenfone 4 Max dilancarkan di Russia yang dilengkapi sistem dwi-kamera dan bateri sebesar 5000 mAh. Dari beberapa imej teaser yang dikongsi oleh Asus, peranti Zenfone 4 kesemuanya akan mementingkan kemampuan mengambil gambar yang tinggi.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: