Mingguan Amanz – Galaxy NotePRO, BBM Voice, Bye Flappy Bird

Sepanjang minggu ini, beberapa gajet baru telah diperlihatkan di Malaysia, dan antaranya adalah Galaxy NotePRO 12.2 dan juga Acer Liquid Z3S.

Selain gajet, beberapa perkara lain yang berlaku pada minggu ini adalah termausk kemaskini harga peranti HTC di Malaysia, pengambil-alihan Viber oleh Rakuten, serta pengumuman Maxis yang akan menamatkan sokongan Maxis Unlimited. Untuk perisian, ia dilihat BlackBerry telah memperkenalkan BBM 2.0 untuk Android dan iOS, yang mana sekaligus menyertakan sokongan panggilan suara untuk pengguna BBM di Android dan iOS.

Dalam arena permainan pula, ia dilihat permainan Flappy Bird rasmi telah ditarik kembali daripada Play Store, sekaligus membuatkan pelbagai permainan lain berbentuk klon hadir diterbitkan di PlayStore.

Nota: