Microsoft To Do: Sangat ringkas dan mudah, tetapi hampir semua ada

Sama ada anda seorang yang sentiasa sibuk atau mencari cara paling sesuai dan berkesan bagi menyusun jadual harian, aplikasi Microsoft To Do sangat bagus untuk mencatat dan menyusun apa sahaja yang patut anda lakukan hari ini, esok lusa dan seterusnya.

Ia satu aplikasi yang sangat ringkas dan mudah, tetapi hampir semua yang anda perlukan ada di dalamnya.

Paling menarik dengan Microsoft To Do ialah ciri “My Day” yang tidak ada pada aplikasi sejenis yang lain seperti Any.do, Todoist, Google Calendar, Trello, TickTick, Google Task dan sebagainya.

Aplikasi Microsoft To Do ini dapat diperolehi dalam versi Android, Windows dan iOs. Ia sangat sesuai untuk usahawan, pekerja dan pelajar, malah surirumah juga.

Ciri My Day yang ada pada Microsoft To Do ini membolehkan anda menghimpunkan semua tugasan penting yang hendak dikerjakan dan dibereskan pada hari berkenaan.

Malah ia mengandungi ciri “drag and drop” yang membolehkan pengguna menyusun tugasan (thing to do) pada hari berkenaan atau hari-hari lain mengikut keutamaan.

Selain ciri tema gelap (dark theme), Microsoft To Do turut mempunyai ciri khas yang membolehkan anda berkongsi mana-mana tugasan (task) dengan rakan sekerja, kawan atau ahli keluarga.

Malah selain menerusi email, anda dapat mengajak rakan sekerja, kawan atau ahli keluarga menerusi WhatsApp dan banyak lagi aplikasi lain untuk berkongsi mana-mana tugasan (task) di Microsoft To Do.

Bagaimanapun, satu kelemahan Microsoft To Do ialah anda tidak dapat berkongsi satu tugasan sahaja, sebaliknya hanya dapat berkongsi grup atau senarai khusus yang di dalamnya mungkin mengandungi lebih daripada satu tugasan.

Baca juga:  Fungsi Desktop Maya Pada Windows 9 Dipertontonkan Melalui Video

Hari ini, penulis menghubungi bahagian sokongan Microsoft bertanyakan mengenai hal ini.

Menurut staf sokongan Microsoft, ciri ini mungkin akan diwujudkan di dalam Microsoft To Do pada masa depan.

microsoft, to do

Bagi penulis, Microsoft To Do ialah antara aplikasi tugasan harian terbaik setakat ini. Dan, penulis sendiri kini menggunakan aplikasi ini.

Sebelum ini, penulis menggunakan Any.do dan Asana, kemudian Google Calendar. – Inimajalah.com

 

Nota: