Microsoft : Tiada Lagi Yuran Tahunan Untuk Pembangun Menerbit Aplikasi Di Platform Windows

Dalam usaha untuk menarik lebih ramai pembangun menggunakan dan membangunkan aplikasi di platform Windows, hari ini pihak Microsoft telah memperkenalkan beberapa perubahan, dan salah satu yang menjadi fokus adalah dimana tiada lagi yuran tahunan seperti sebelumnya untuk akaun pembangun.

Sebelum ini, Microsoft mengenakan caj sebanyak $19 setahun untuk membolehkan pengguna mengakses Dev Center, selain mana turut menerbitkan aplikasi di Windows Store dan juga Windows Phone Store.

Dengan perubahan ini, para pembangun hanya perlu mendaftar dan membayar sekali sahaja, dan ia akan diaktifkan sebagai akaun sepanjang hidup – membolehkan anda menerbitkan seberapa banyak aplikasi melalui platform tersebut.

Bersama-sama dengan perubahan ini, pihak Microsoft turut mnawarkan beberapa perkara lain, termasuk pengoptimasian penawaran iklan dalam aplikasi, serta penawaran lebih banyak tools berguna untuk para pembangun di platform Windows.

Nota: