Microsoft “Project Siena” Membolehkan Pengguna Membuat Aplikasi Windows 8 Sendiri

Microsoft hari ini telah melancarkan sebuah aplikasi baru dinamakan “Project Siena”, yang mana membolehkan mereka yang tidak mengetahui pengaturcaraan untuk membina aplikasi Windows 8 tersendiri.

Pengguna boleh melakukan pelbagai perkara hanya dengan drag and drop sahaja. Antaramuka untuk aplikasi berkenaan juga ringkas dan mudah untuk digunakan – seperti beberapa aplikasi ModernUI dari Microsoft yang lain. Sebuah video tutorial ringkas turut disediakan ketika memulakan aplikasi berkenaan.

Microsoft Project Siena

Buat masa ini, produk tersebut masih dilabelkan sebagai beta, dan fungsi yang ditawarkan boleh dikatakan hanya sekada fungsi asas sahaja. Namun, berkemungkinan penggunaan aplikasi baru ini bakal menambah lebih banyak aplikasi pada Windows Store tidak lama lagi.

Nota: