Microsoft Office Untuk iPad Dijangka Akan Hadir Pada Pertengahan Pertama 2014

Desas-desus berkenaan dengan Microsoft Office untuk tablet Apple, iaitu iPad bukan sesuatu yang baru. Ia telah kedengaran beberapa kali sebelum ini, dan mengikut laporan baru, aplikasi pejabat berkenaan dijangka akan hadir pada pertengahan pertama 2014 ini.

Microsoft Office untuk iPad ini dikatakan dikenali dengan nama kod “Miramar” buat masa ini. Ia dikatakan berkemungkinan pengguna akan memerlukan langganan Office 365 untuk menggunakannya, dan pelbagai dokumen boleh disimpan terus ke OneDrive untuk diakses pada peranti lain.

Seperti biasa, pihak Microsoft tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini buat masa ini.

Sebelum ini, pihak Microsoft sedia memperkenalkan Office 365 untuk Android dan iOS. Memandangkan lebih ramai mengakses dokumen pada tablet, Office untuk iPad semestinya salah satu aplikasi yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia.

Nota: