Microsoft Menjadualkan Acara Khas Pada 30 September Untuk Pengumuman Windows 9

Akhir-akhir ini, pelbagai info mengenai sistem operasi generasi baru daripada Microsoft telah tertiris ke arena web, dan kini, seperti diperkatakan sebelum ini, Microsoft dilihat menjadualkan sebuah acara media khas pada 30 September ini memfokuskan kepada Windows.

Windows 9

Windows generasi baru ini dikenali ramai sebagai “Windows 9″ ataupun dengan nama kod “Windows Threshold”. Ia dilihat akan menyertakan beberapa pembaharuan, termasuk sokongan desktop maya, menu Start, kebolehan membuka aplikasi Metro (ModernUI) dalam bentuk tetingkap di desktop, pusat notifikasi, dan integrasi Cortana.

Microsoft turut dijangka akan menawarkan versi “Technical Preview” selepas acara berkenaan, sekaligus membolehkan pengguna untuk mencuba dan menggunakan versi pembangunan awalnya sebelum versi akhir dilancarkan secara rasmi pada tahun hadapan. Pada masa yang sama, mungkin juga kita akan mendengar lebih lanjut mengenai masa depan sistem operasi Windows – dimana dikatakan akan mengintegrasikan Windows, Windows RT dan Windows Phone menjadi satu.

Nota: