Microsoft hari ini melalui sebuah acara khas di Amerika Syarikat telah mengumumkan kemaskini kepada keluarga sistem operasi Windows. Nama baru untuk sistem operasi mereka adalah Windows 10.
Windows 10 dilihat akan selari dengan pelbagai jenis peranti – daripada telefon pintar, tablet, komputer riba, desktop dan sebagainya. Dengan Windows 10 juga, pihak Microsoft akan memfokuskan kepada satu keluarga produk dibawah satu platform, dan menggunakan satu kedai aplikasi yang sama.
Windows 10 dilihat akan membawakan pelbagai perubahan baru jikalau dibandingkan dengan Windows 8.1 sebelum ini. Antaranya termasuklah sokongan menu Start yang diintegrasikan dengan Live Tiles, lebih fokus terhadap pengguna desktop, kebolehan menjalankan aplikasi ModernUI dengan tetingkapnya tersendiri, serta sokongan desktop maya.
Pihak Microsoft turut menekankan yang mana Windows 10 akan selari dengan pelbagai perisian perusahaan tradisional, sekaligus memudahkan mereka untuk beralih ke sistem operasi baru tanpa risau akan ketidak-serasian.
Sedang dikemaskini…