Microsoft Menguji Sokongan “Live Tiles” Interaktif Pada Windows

Microsoft baru-baru ini telah memperkenalkan kemaskini Windows 8.1 Update yang menawarkan beberapa sokongan baru untuk pengguna komputer tanpa sokongan skrin sentuh. Selain daripadanya, pihak Microsoft turut dalam pembangunan kemaskini akan datang yang akan menyertakan beberapa pembaharuan, termasuk salah satunya adalah menu Start.

Selain daripada itu, melalui pasukan Microsoft Research, ia dilihat pihak Microsoft turut sedang menguji sokongan “Live Tiles” berbentuk interaktif pada skrin Start.

Menggunakannya, pengguna boleh membuat beberapa tugasan tambahan tanpa perlu membuka sesuatu aplikasi tersebut. Antara yang diperlihatkan Microsoft termasuklah melihat emel semasa, melihat aplikasi di desktop, menggunakan sokongan kamera, menggunakan beberapa aplikasi seperti kalkulator dan membuat pelbagai tugasan yang lain.

Selain sokongan Live Tiles pada skrin Start, pihak Microsoft juga turut dilihat memfokuskan sokongan interaktif pada bahagian tepi apabila sedang menggunakan sesuatu aplikasi. Ia memudahkan pengguna memasukkan sesuatu fail daripada aplikasi lain dengan mudah, sebagai contoh daripada OneDrive.

Memandangkan video ini hadir daripada pasukan Microsoft Research, maka ia mungkin masih lagi dalam pembangunan, dan tidak diketahui lagi sama ada pihak Microsoft akan memperkenalkan ia kepada pengguna umum ataupun sebaliknya.

Nota: