Microsoft Memperkenalkan WindUp – Aplikasi Permesejan Dengan Kebolehan Menetapkan Jangka-Hayat Mesej

WindUpAplikasi dengan fungsi seumpama Snapchat boleh dikatakan agak popular akhir-akhir ini dengan beberapa penyedia perkhidmatan permesejan mengintegrasikan sokongan tersebut. Kini, Microsoft turut tidak ingin ketinggalan, dan turut menerbitkan sebuah aplikasi khusus dengan fungsi seumpamanya dinamakan WindUp.

WindUp ini ditawarkan khusus untuk pengguna Windows Phone sahaja buat masa ini (memerlukan pengguna mengubah WP Store ke Amerika Syarikat untuk memuat-turunnya). Menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna boleh menghantar mesej teks, gambar, video, dan sebagainya dengan mudah.

Apa yang menjadikan ia berbeza adalah dimana pengguna boleh menetapkan had masa sebelum mesej tersebut dipadam pada peranti kedua-dua pihak – penghantar dan juga penerima.

Memandangkan ia diterbitkan dibawah Microsoft Research, maka ia mungkin hanya kajian semata-mata, dan mungkin juga kita tidak akan melihatnya pada platform lain.

Nota: